Tuesday 1 November 2011

.Hari pertama saya di PTSS


Haha… itulah perkara yang paling saya tak akan lupakan. Mana mungkin saya lupakan riaksi pertama saya ketika melihat keluasan politeknik terbesar di Malaysia ini. Masa itu awal lagi. Kereta taklah begitu banyak. Adik-adik bising berceloteh melihat keadaan politeknik yang luas. Saya pula berdebar kerana hari itu saya akan berjauhan dengan keluarga setelah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan.
Ketika pendaftaran semuanya berjalan lancer kerana ada Mama yang sentiasa di sisi. Yang paling tak mungkin saya lupakan melihat riaksi Abah dengan Mama mengangkat barang-barang saya. Terlihat jelas di muka Abah dia bangga saya dapat menyambung pelajaran walaupun hanya di politeknik. Masa pendaftaran masuk ke bilik kediaman, Mama sibuk bising itu ini dan tangannya laju memunggah barang-barang saya. Saya sedikit mengeluh kerana ini bukan kali pertama saya masuk ke asrama dan ini merupakan kali ke 3 saya masuk asrama. Tapi mama masih seperti saya berumur 13 tahun ketika pertama kali masuk ke sekolah berasrama. Mama tetap memasang cadar, mengemas baju-baju, membuang debu-debu di almari dan yang paling lucu Mama siap buat senarai barang apa yang nak di beli lagi. Saya hanya mampu melihat sambil menggaru kepala yang tak gatal. Ragam Mama di lihat oleh teman bilik saya dan mereka tersenyum kerana mungkin saya kelihatan seperti anak manja.
Abah dengan adik lelaki saya masih mengangkat barang-barang yang masih berbaki dan adik lelaki saya merungut kepenatan. Ketika mereka keluar membeli barang-barang saya mengemas sedikit barang-barang. Saya melihat sekitar bilik saya yang kelihatan janggal kerana sebelum ini bilik asrama saya jauh lebih besar. Saya mula terbayang cerita drama di televisyen yang menceritakan tentang kehidupan di IPT. Saya mula berbual-bual dengan teman sebilik. Siti berasal dari Kelantan, Meen dan Dian dari Alor Setar. Jadi tak menjadi masalah untuk saya berbual kerana tak perlu menukar dialek lain. Hehe…
Abah dengan Mama dah habis membeli barang, sekali lagi saya terkejut. Mama membawa penyidai baju, almari kecil dan lain-lain. Saya mula mengukur keluasan tempat saya. Dan sekali lagi saya mengeluh. “Mama mama.. macamlah kakak ni kecil lagi” bisik saya dalam hati. Setelah beberapa jam mereka mula bertolak pulang ke Pulau Pinang. Sayu hati saya melihat adik saya yang kecil dan wajah Abah dan Mama penuh harapan untuk saya berjaya. Sesudah bersalam mereka pun pulang. Saya masih termangu di atas katil kerana tak tahu hendak berbuat apa.
Malam itu merupakan malam kami mula orentasi. Saya sendiri tahu apa yang akan terjadi sebab saya pernah diorentasi dan mengorentasi. Hehe. Pekikan, jerkahan sedikit pun tak mengganggu perasaan saya. Cuma keletihan yang melampau dan setelah tamat orentasi pada malam itu saya tidur dengan penuh keletihan.

3 comments:

Assalammualaikum.. terima kasih sudi membaca
Tinggal kan komen anda...
Lot Of Love. NeenaLee