ok. sekarang persediaan masih di dalam proses persediaan. maknanya? tak sedia apa-apa lagi la. sekadar nota-nota kecil untuk habuan menghafal sahaja. saya tahu ini sahaj tak cukup tapi saya sedang cuba untuk membuat nota-nota ringkas untuk memudahkan sesi menghafal.
saya jenis yang suka menghafal. mungkin sesetengah orang mereka lebih suka menggunakan peta minda. tetapi saya lebih suka membaca sambil menulis balik isi-isi penting. tiap orang mempunyai cara berlajar yang berbeza.
setakat ini hanya shorthand dan trengkas sahaja yang saya sudah membuat nota. shorthand memang saya membuat nota dari awal semester lagi.sekarang tinggal dua subjek "maut" nak saya ulangkaji balik. TRENGKAS dan PD. ada orang cakap PD takla susah sangat tapi bagi saya susah bila melihatkan nota sebesar mata semut, ADUH! susah jugak la untuk insan rabun macam saya. :)
minggu lepas hampir setiap hari saya tidur lewat gara-gara waktu penuh dari pagi sampai lewat malam. ada sampai satu tahap saya berlajar sambil air mata mengalir kepenatan.awal pagi bangun untuk ke kelas. saya sentiasa berharap setiap sem berlalu dengan pantas.
sekarang saya masih berkejar-kejar unutk menyiapkan assignment dan emduduki ujian-ujian yang masih tertunda. dan dalam pada masa yang sama belajar untuk memastikan keputusan saya tak mengecewakan.
setiap hari saya bangun awal untuk ulangkaji. paling-paling kurang pun saya membuka buku dan melihat nota-nota. saya terpaksa mengurangkan tidur pada waktu siang. orang tua-tua kata tidur siang tak bangus nanti susah nak mengingat. saya turutkan sahaja kalau itu untuk kebaikan.
hampir setiap hari mama menghantar pesanan ringkas mengingatkan saya untuk makan kismis. kadang-kadang saya boleh nak tergelak. rasa macam nak ambil SPM balik sahaja.
INSYAALLAH saya akan cuba yang terbaik. doakan saya dan kawan-kawan ya...
0 flying kiss buat Neena:
Post a Comment
Assalammualaikum.. terima kasih sudi membaca
Tinggal kan komen anda...
Lot Of Love. NeenaLee