Friday 18 November 2011

first kisah seram yg jadi utk aku

real story: dlm 2 weeks lpas la. dlm bberapa hari lpas raya haji. pegi la tgk movie dgn kazen kat sunway carnival (penang). tgk cita ALAMAK TOYOL. gatal nk tgk midnite pny cita. masa nak blek tu guna la jalan belakang kat seberang jaya nk pgi ke bkt mertajam. kat situ rumah tmn tp still ad lgi kwsan kmpng n bendang. nk lalu situ mmg ckup seram, member2 ckp klau pkul 9 jgn lalu jln tu dh. tp ap yg mmbuatkn cazen aku ni hantu tatawu gedik benor nk lalu. aku sbg pmbonceng blh la pjam mata lg nek moto tu. masa first msok kawasan tu mmg dh asa sjuk smacam. aku dh pluk cazen aku kuat2. lpas tu ad sbuah keta lintas tp cermin dy gelap tk npk la klau ad driver ke ap. n mmg tk brani nk tgk pn. asa mcm jauh gila babi lg la. chill lg.. masa nk lintas 1 umah kmpung yg tkd org dduk tu, tba2 bau bunga ap ntah tapi wangi nk mmpos. serious mmg kat gila bau. dh asa mremang blu roma. tiba2 jugek trasa cm brangin kat tepi kami. aku dh mmg taknak bkak mata. cazen aku lak tiba2 pecut laju, asa cm nk termasuk kat dlm bndang dh. cazen dy pgang tgn aku, sejuk n teketar2. smpai kat masjid tu bru dy slow. n start masuk kwasan tman prumahan. smpai kat pntu umah dy soh bc ayat kursi hmbus kiri kanan. msok tros basuh kaki. kami tros tido. esok dy cita dy race dgn bnda tu! GILA LA! MMG TAKKAN LALU LAGI KAT SITU!

Friday 4 November 2011

Pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa raya puasa

ha.. mai cek nk cerita mai.
benda yang jadi ni msa 2 tahun lepas. bila ingat balik mesti rasa nak tergelak sampai berair mata ni.
hari tu malam terakhir puasa. biasalah malam tu mesti meriahnya lain macam sikit. kami adik beradik dengan sepupu sepapat semua macam lipas kudung kemas rumah nenek. kaum adam mestilah buat lemang dengan pasang pelita. yang kaum hawa pula buat ketupat lemang kat dapur. kat situ memang tak cakap melayu baku dah. sebab kami cakap Bahasa Banjar. memang seronok bagi sesiapa yang pertama kali dengar.
saya pun dah keletihan dan tangan pun dah pedih memotong bawang berguni. saya mengajak sepupu saya Asyraf untuk bermain bunga api dengan mercun. ups! memang dilarang bermain tapi benda tu dah macam wajib ada bila tiba waktu hari raya.
kami yang besar ni pun sakan bermain macam kecil-kecil dulu tak pernah main. konon sengaja nak tunjuk "skill" kat budak-budak. hehhee
ok. malam inilah bermula kisah yang memang tak mungkin kami lupa sekeluarga. masa tu Asyraf sedang bermain mercun telur naga. dia terbaling kat adik sepupu kami yang berusia 5 tahun. macam pelesit budak tu berlari. macam upin ipin ja kami tengok. hahaha. dan seterusnya adik sepupu saya seorang lagi Ayie pula bermain bunga api, masa tengah seronok main tu dia tercucuh bunga api kat Asyraf. habis jubah dia terbakar sikit. menjerit dia. saya punya kalut memadam api dibajunya. kami tergelak lagi. dan yang terakhir terjadi malam itu, kami semua semangat tunggu bunga api yang paling besar. ala macam tahun baru tula. abah saya yang memasangkannya nanti. abah dengan semangatnya meletakkan bunga api tu di tanah dan mula ingin mecucuh sumbunya. saya rasa lain macam sikit kerana sumbu tu berada di atas. selalunya sumbu berada di bawah. tapi saya tak tegur pun. abah pun mencucuh sumbu itu. kami semua memandang langit hitam.
hairan, bunyi bunga api hendak berlepas ada tapi kami tak nampak lagi. tiba-tiba abah menjerit lari!!!! abah mengangkat kait pelikatnya ke paras lutut lalu membuka langkah berjuta. kami yang pelik pun lari tak tahu punca. yang kecil-kecil menyorok di belakang kereta. mama dengan mak cik- mak cik yang berada di pintu terus menutup pintu, tak sempat kami lari masuk. KEDEBUMMMM!!! bunga api meletup. macam-macam warna keluar. tapi yang lucunya bukan di langit tapi di tanah. darah gemuruh saya mencecah 100! bunyinya mampu membuatkan telinga bengang setengah jam.
kami terpinga-pinga sambil memangdang ke arah abah yang sudah berada di atas tangga rumah. dan sekali lagi kami gelak, dan kali ini sampai terduduk. abah tersengih bila kena marah dengan mama.
malam itu kami berbual-bual sambil mengulang-ulang cerita yang sama. sampai saat ini itlah kenangan terindah kami.. di sini saya selitkan gambar kami pada malam itu. masa itu saya masih tidak bertudung. :)

Wednesday 2 November 2011

persediaan untuk final exam

ok. sekarang persediaan masih di dalam proses persediaan. maknanya? tak sedia apa-apa lagi la. sekadar nota-nota kecil untuk habuan menghafal sahaja. saya tahu ini sahaj tak cukup tapi saya sedang cuba untuk membuat nota-nota ringkas untuk memudahkan sesi menghafal.
saya jenis yang suka menghafal. mungkin sesetengah orang mereka lebih suka menggunakan peta minda. tetapi saya lebih suka membaca sambil menulis balik isi-isi penting. tiap orang mempunyai cara berlajar yang berbeza.
setakat ini hanya shorthand dan trengkas sahaja yang saya sudah membuat nota. shorthand memang saya membuat nota dari awal semester lagi.sekarang tinggal dua subjek "maut" nak saya ulangkaji balik. TRENGKAS dan PD. ada orang cakap PD takla susah sangat tapi bagi saya susah bila melihatkan nota sebesar mata semut, ADUH! susah jugak la untuk insan rabun macam saya. :)
minggu lepas hampir setiap hari saya tidur lewat gara-gara waktu penuh dari pagi sampai lewat malam. ada sampai satu tahap saya berlajar sambil air mata mengalir kepenatan.awal pagi bangun untuk ke kelas. saya sentiasa berharap setiap sem berlalu dengan pantas.
sekarang saya masih berkejar-kejar unutk menyiapkan assignment dan emduduki ujian-ujian yang masih tertunda. dan dalam pada masa yang sama belajar untuk memastikan keputusan saya tak mengecewakan.
setiap hari saya bangun awal untuk ulangkaji. paling-paling kurang pun saya membuka buku dan melihat nota-nota. saya terpaksa mengurangkan tidur pada waktu siang. orang tua-tua kata tidur siang tak bangus nanti susah nak mengingat. saya turutkan sahaja kalau itu untuk kebaikan.
hampir setiap hari mama menghantar pesanan ringkas mengingatkan saya untuk makan kismis. kadang-kadang saya boleh nak tergelak. rasa macam nak ambil SPM balik sahaja.
INSYAALLAH saya akan cuba yang terbaik. doakan saya dan kawan-kawan ya...



Tuesday 1 November 2011

.Hari pertama saya di PTSS


Haha… itulah perkara yang paling saya tak akan lupakan. Mana mungkin saya lupakan riaksi pertama saya ketika melihat keluasan politeknik terbesar di Malaysia ini. Masa itu awal lagi. Kereta taklah begitu banyak. Adik-adik bising berceloteh melihat keadaan politeknik yang luas. Saya pula berdebar kerana hari itu saya akan berjauhan dengan keluarga setelah hampir setahun meninggalkan alam persekolahan.
Ketika pendaftaran semuanya berjalan lancer kerana ada Mama yang sentiasa di sisi. Yang paling tak mungkin saya lupakan melihat riaksi Abah dengan Mama mengangkat barang-barang saya. Terlihat jelas di muka Abah dia bangga saya dapat menyambung pelajaran walaupun hanya di politeknik. Masa pendaftaran masuk ke bilik kediaman, Mama sibuk bising itu ini dan tangannya laju memunggah barang-barang saya. Saya sedikit mengeluh kerana ini bukan kali pertama saya masuk ke asrama dan ini merupakan kali ke 3 saya masuk asrama. Tapi mama masih seperti saya berumur 13 tahun ketika pertama kali masuk ke sekolah berasrama. Mama tetap memasang cadar, mengemas baju-baju, membuang debu-debu di almari dan yang paling lucu Mama siap buat senarai barang apa yang nak di beli lagi. Saya hanya mampu melihat sambil menggaru kepala yang tak gatal. Ragam Mama di lihat oleh teman bilik saya dan mereka tersenyum kerana mungkin saya kelihatan seperti anak manja.
Abah dengan adik lelaki saya masih mengangkat barang-barang yang masih berbaki dan adik lelaki saya merungut kepenatan. Ketika mereka keluar membeli barang-barang saya mengemas sedikit barang-barang. Saya melihat sekitar bilik saya yang kelihatan janggal kerana sebelum ini bilik asrama saya jauh lebih besar. Saya mula terbayang cerita drama di televisyen yang menceritakan tentang kehidupan di IPT. Saya mula berbual-bual dengan teman sebilik. Siti berasal dari Kelantan, Meen dan Dian dari Alor Setar. Jadi tak menjadi masalah untuk saya berbual kerana tak perlu menukar dialek lain. Hehe…
Abah dengan Mama dah habis membeli barang, sekali lagi saya terkejut. Mama membawa penyidai baju, almari kecil dan lain-lain. Saya mula mengukur keluasan tempat saya. Dan sekali lagi saya mengeluh. “Mama mama.. macamlah kakak ni kecil lagi” bisik saya dalam hati. Setelah beberapa jam mereka mula bertolak pulang ke Pulau Pinang. Sayu hati saya melihat adik saya yang kecil dan wajah Abah dan Mama penuh harapan untuk saya berjaya. Sesudah bersalam mereka pun pulang. Saya masih termangu di atas katil kerana tak tahu hendak berbuat apa.
Malam itu merupakan malam kami mula orentasi. Saya sendiri tahu apa yang akan terjadi sebab saya pernah diorentasi dan mengorentasi. Hehe. Pekikan, jerkahan sedikit pun tak mengganggu perasaan saya. Cuma keletihan yang melampau dan setelah tamat orentasi pada malam itu saya tidur dengan penuh keletihan.