Friday, 4 November 2011

Pengalaman yang tak dapat dilupakan semasa raya puasa

ha.. mai cek nk cerita mai.
benda yang jadi ni msa 2 tahun lepas. bila ingat balik mesti rasa nak tergelak sampai berair mata ni.
hari tu malam terakhir puasa. biasalah malam tu mesti meriahnya lain macam sikit. kami adik beradik dengan sepupu sepapat semua macam lipas kudung kemas rumah nenek. kaum adam mestilah buat lemang dengan pasang pelita. yang kaum hawa pula buat ketupat lemang kat dapur. kat situ memang tak cakap melayu baku dah. sebab kami cakap Bahasa Banjar. memang seronok bagi sesiapa yang pertama kali dengar.
saya pun dah keletihan dan tangan pun dah pedih memotong bawang berguni. saya mengajak sepupu saya Asyraf untuk bermain bunga api dengan mercun. ups! memang dilarang bermain tapi benda tu dah macam wajib ada bila tiba waktu hari raya.
kami yang besar ni pun sakan bermain macam kecil-kecil dulu tak pernah main. konon sengaja nak tunjuk "skill" kat budak-budak. hehhee
ok. malam inilah bermula kisah yang memang tak mungkin kami lupa sekeluarga. masa tu Asyraf sedang bermain mercun telur naga. dia terbaling kat adik sepupu kami yang berusia 5 tahun. macam pelesit budak tu berlari. macam upin ipin ja kami tengok. hahaha. dan seterusnya adik sepupu saya seorang lagi Ayie pula bermain bunga api, masa tengah seronok main tu dia tercucuh bunga api kat Asyraf. habis jubah dia terbakar sikit. menjerit dia. saya punya kalut memadam api dibajunya. kami tergelak lagi. dan yang terakhir terjadi malam itu, kami semua semangat tunggu bunga api yang paling besar. ala macam tahun baru tula. abah saya yang memasangkannya nanti. abah dengan semangatnya meletakkan bunga api tu di tanah dan mula ingin mecucuh sumbunya. saya rasa lain macam sikit kerana sumbu tu berada di atas. selalunya sumbu berada di bawah. tapi saya tak tegur pun. abah pun mencucuh sumbu itu. kami semua memandang langit hitam.
hairan, bunyi bunga api hendak berlepas ada tapi kami tak nampak lagi. tiba-tiba abah menjerit lari!!!! abah mengangkat kait pelikatnya ke paras lutut lalu membuka langkah berjuta. kami yang pelik pun lari tak tahu punca. yang kecil-kecil menyorok di belakang kereta. mama dengan mak cik- mak cik yang berada di pintu terus menutup pintu, tak sempat kami lari masuk. KEDEBUMMMM!!! bunga api meletup. macam-macam warna keluar. tapi yang lucunya bukan di langit tapi di tanah. darah gemuruh saya mencecah 100! bunyinya mampu membuatkan telinga bengang setengah jam.
kami terpinga-pinga sambil memangdang ke arah abah yang sudah berada di atas tangga rumah. dan sekali lagi kami gelak, dan kali ini sampai terduduk. abah tersengih bila kena marah dengan mama.
malam itu kami berbual-bual sambil mengulang-ulang cerita yang sama. sampai saat ini itlah kenangan terindah kami.. di sini saya selitkan gambar kami pada malam itu. masa itu saya masih tidak bertudung. :)

1 comment:

Assalammualaikum.. terima kasih sudi membaca
Tinggal kan komen anda...
Lot Of Love. NeenaLee