Monday, 27 June 2011

Saya dah tak boleh menangis!!!

Sesungguhnya ujian tu datang dalam mcm2 bentuk...
termasuk kematian,kekayaan,kemiskinan,dan kesihatan...
ya betul tak semua manusia sempurna...
tapi entahlah.. kadang2 asa mcam tak boleh terima ja
tapi sebagai umat Islam iman kena kuat...
semoga Iman saya masih ada

sudahlah diriku macam nie...
hati pula seolah2 dah hilang...
dah berhari2 tak menangis...
paksa la jugak mata nie tapi tak boleh jugak..
nk rasa happy sangat pun tak boleh sebab lepas tu mood tros hilang
Ya,Allah kenapa ujian yang mcm ni di turun ke atas aku...

mungkin aku pernah berdoa supaya perasaan aku hilang...
tapi aku cuma mahu kesedihan aku yang hilang bukan termasuk gembira,marah..
Ya,Allah aku terima ketentuan ini. aku bersyukur kerana masih bernyawa...
Alhamdulillah...

kehilangan cinta juga aku rasakan...
kekuatan aku makin kurang tapi aku terus bertahan sampai saat ini
aku tetap tersenyum melihat orang2 di sekeliling ku bahagia bersama pasangan mereka
di saat aku hilang arah ini,boleh la aku tumpukan pada pelajaran aku
fokus!!!


Saturday, 25 June 2011

sapa tak sedih kalau putus cinta

sapa la tak sedih kalau putus... mestilah sedih lebih2 lagi klaau kita tak berapa rela hubungan tu berakhir
or
hubungan tu berakhir tanpa alasan yg munasabah... aduuhh! peritnya >.<
mcam tu gakla neena bila putus cinta..
mula2 dulu menangis tak ingat dunia..percaya tak sampai solat pun tertinggal layan sedih punya psal
lepas tu sedar yg cinta kat Allah yg utama...

sekarang neena still sedih.. sedih sangat2.. tapi air mata dah tak boleh keluar
sebab dah kering kot tangki air mata...
tiap masa mesti teringat kat si dia yang jauh kat mana..
nk buat mcam mana ketentuan Allah..

bukan dia tak cuba jernihkan hubungan kami.. tapi entahlah kenapa hati nie
jadi susah sangat nk terima balik padahal dulu sayang bgai nk rak nie! >.<
sehari tak contact asa mcm dunia nie kosong
tapi sekarang neena lagi rela off phone dari dengar phone bebunyi..

ada jugak kawan2 tanya "neena dah tak sedih ka"
gila kaw! kaw ingat aku nie orang2 kat bendang ke yg takd ati
mestilah sedih cek oi... tiap mlm peluk bntal yg dia bagi..
rindu sangat2... Tuhan jela yang tawu cmne rindunya neena kat dia
tapi neena kuatkan semangat...

demi Allah neena cinta kan dia
tapi neena bekorban sebab Allah...
tak salahkan ap yang neena buat... neena tak nak hidup penuh dosa..
walaupun kecil neena rasa berdosa jugak...
neena tak kan tolak dia kalau dia ikhlas nk bersama neena
tapi biarlah kena dgn caranya...
insyaallah.. mungkin dpt reda ibubapa dan ALLAH

buat masa sekarang neena fokuskan kpd pelajaran neena
impian neena dan impian keluarga neena nk tgk neena berjaya
percayalah 1 masa nanti diri ini pasti di miliki.
oleh siapa? itu hanya allah yg tentukan.. :)

Friday, 24 June 2011

sem baru semua baru.

Selamat pagi!!!
eceh... awal nya cik neena post prasaan hari nie.. bukan ap.. dok bedebor nk masok sem baru nie. SEM 2.
setelah jerit payah nk pastikan paper takde yg repeat akhirnya nena berjaya melangkah ke sem 2 tanpa sebarang paper yg nk kena carry lg..
Cakap mcam nk grad dah minggu depan ha.. tak kose maq! >.<

WEELLLL....
sem baru semua baru? apakah ia.. jeng jeng jeng... hahaha
msti la azam baru dan barang2 baru... CINTA baru? oohhh! itu tidak.. study2. ku kuatkan perasaan untuk menolak cinta! yyeeehhaaa~!
mp3 lama dah osak.. so kena la beli mp3 baru.. sedey mmg la sedey! tapi diri sendiri ngok pegi charge kat Lab. dalam Lab majoriti PC penuh virus kuman jin iblis!! errgghh!!
ok2..barang yg lepas usah di kenang... walaupun berdarah hati tgk mp3 kesayangan menjadi mayat hidup lam pencilbox.

APA LAGI YANG BARU YA....
huhu.. apa lagi kalau bukan lect baru.. baru la bgi budak2 junior yg melangkah ke alam senior. haha. senior 6 bulan.. jgn nk senior sgt la kaw... meloya aku!
ingat ya cik nena jgn buat hal mcm sem lepas lagi.. kaw nk kena buang polikah? ouh! tidakk..tidakk...
ok! saya berjanji tak kan perang lagi dgn lect saya.. be matured! i love you lect *sesungguhnya bunyi tak ikhlas..

ok la.. nanti post lagi... tata~

Tuesday, 21 June 2011

kelebihan wanita solehah dan ganjarannya




1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

5. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang senantiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarah (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah". Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa."; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah syurga.

10. Dari 'Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka merekaakan menjadi penghalang baginya dari api neraka."

11. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

12. Apabila memanggil akan engkau kedua ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

13. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

15. 'Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah SAW. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah SAW. "Ibunya".

16. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

17. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10,000 tahun).

18. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

19. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

21. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

22. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT

23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

24. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

25. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

26. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya dari badannya (susu badan) akan dapat satu pahala dari tiap-tiap titik susu yangdiberikannya. 27. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajibbaginya.

28. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

29. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

30. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

31. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya,bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

32. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginyalapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

33. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau memandang ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya,memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keridhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya,tiap-tiap langkahnya dan setiap pandangannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

34. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.

35. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

36. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

37. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan medapat pahala jihad.

38. Jika wanita memijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memijat suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

39. Dari Hadrat Muaz ra.: Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

40. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanyayang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

41. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah SAW. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat ?" Jawab mereka,"Tidak". Sabda Baginda "Sebaiknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami niscaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

42. Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

43. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" , Allah akan berkahkan rezekinya.

44. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

45. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mejadikan 7 parit diantara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

47. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

48. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

49. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

50. Sabda Nabi SAW: "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong kumis (misai) dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

51. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

52. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat dari yakut.

53. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

54. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

55. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

56. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

57. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

58. Rasulullah SAW bersabda bahwa, "Allah telah memberikan sifat iri (pencemburu) untuk wanita dan jihad untuk lelaki. Jika seorang wanita melatih kesabarannya dengan iman dengan mengharapkan pahala dari sesuatu perkara yang menyebabkannya menjadi cemburu (iri hati), seperti misalnya suaminya menikahi istri kedua, maka ia akan menerima ganjaran seorang syahid".

NUKILAN IKHLAS DARI
NUR AMALEENA ROSLI

Thursday, 16 June 2011

malang nya hari nie. kesian tak saya

al-kisah nya...
hari nie saja macam2 yang jadi....
malang sangat.. kaki ku yg agak2 tak montok tepijak paku ku bukan paku mu
terkedu kejap. nk jerit sora tak kuar
mcm jumpa paku pontianak lak aih.. >.<
lepas tu dengan penuh muka kompiden neena pn cabut la..
PERGHHH!! terbaik dari ladang ah!!
lalu ku maki paku ku bukan paku mu jua

lepas tuuuuuuu

terbagi pecah pulak kaca..
adoi.. apalah nasib ku bukan nasib mu jua.. >.<
terpaksa la kutip...
lalu...

jari ku bukan jari mu jua terluka... T_T
sangat2 terluka pulak..
sakit sangat ouh!!

lepas tu mestila telefon buah hatiku bukan buah hatimu!
ececeh.. nk mngadu dah la tu..
afif risau sangat... dia suruh pergi klinik..
over la tu bang.. sakit sikit ja..

lepas tu kan...

jari melecur kena microwave masa buat kek..
aduh.. badan ku banyak keluarkan deria sakit la hari nie...
hmm nasib2.. sabor jela..

ok la.. nk tido..
jangan tergolek jatuh katil lak jupgi,.
kang terpelecok pinggang ku..
tak sanggup laaaaaaa ^^,






Wednesday, 15 June 2011

Apa perasaan anda kalau....

apa la perasaan korang kalau kena tipu or diperdaya dengan orang yg korang pecaya sangat2?
pada mulanya dia bg korang harapan yg baik.. korang pun seronok.. tapi..
tiba-tiba dia musnahkan.. sedangkan dia tahu itu salah satu harapan korang?
korang marah atau sedih?
tapi neena pilih.. sedih...

sumpah sedih sngat...
neena percaya kan dia... dia susah neena tolong... tapi dia tak pikir pun perasaan neena
lepas tu dia diam macam tu ja... bila ada masalah baru cari neena
kalau korang kat tempat neena apa korang rasa?
rasa mcam di perbodohkan tak?

neena rasa mcam nk cakap ja!!!
 
tapi neena tak sampai hati... hmmm kenapa la neena nie lembut hati sngat ya?

sebabkan dia.. kawan neena yg lain macam dah tak percayakan neena
padahal neena tak da kena mngena pun..
sebab tu neena benci dia sangat2..
tegamak sebabkan dia neena menangis2..
dulu kawan2 pun dah warning jangan kawan dgn dia
dia tu pembelit.. tapi neena degil.. entahlah..
yang pasti.. selagi dia tak langsaikan kesalahan dia. neena tak mampu berdepan dgn dia
atau neena akan asa macam nk...

buat masa sekarang neena akan cakap kat dia
 



Saturday, 11 June 2011

Akhirnya !!!

Cam tak percaya plak.. impian aku nk jadi photographer akhinya tercapai.. itulah yg aku inginkan.
walaupun aku bukan yg profesional.. aku tetap mampu carry cita-cita aku sendiri
aku dah tak maw harap sapa2.. sebab semua penipu. aku BENCI !!!
terima kasih untuk my Sayang.. AFIF. sebab selalu bg sokongan dan bantuan

Mungkin aku ambil masa yg agak lama untuk nak penuhi cita-cita aku. tapi tak apa
aku puas dgn apa yg aku ada sekarang nie. sebab aku usaha sendiri.
ALHAMDULILLAH...

Nie antara gambar2 yg sempat aku snap guna camera baru aku... aku taw tak hebat mana pun




Tahu la tak lawa.. tapi saya rasa puas sgt2... hehehe
semoga impian saya berterusan.. 
doakan saya ya :)  


 


Wednesday, 8 June 2011

saya RINDU kawan-kawan SAYA

 
HMMM..
tak tawu kenapa neena asa sedeyh sngat sekarang nie.. rasa mcm bnyak benda dah neena hilang
neena tak tawu benda apa.. tapi neena dapat rasa ada yg kurang
hidup neena rasa sunyi sangat walaupun neena ada AFIF
dia banyak mengisi ruang2 dalam hidup neena.. tapi.. neena tak tawu apa yg kurang lg
neena tak tawu apa yg neena nak sekarang nie.. :'(
mungkin sebab banyak benda yang neena tak dapat penuhi lagi
contohnya nk jadi photographer.. mmg neena impikan sangat nk jadi selama nie
tapi banyak sngat halangan yg dtg.. neena dh down masa tu tapi sekrang dh kurang

dua tiga hari nie tidur neena pun tak menentu.. neena bnyak mimpi yg kesudahannya menyedihkan
boleh tak bagi tahu kenapa...?
neena perlukan sesuatu yg buat neena ceria seperti dulu...
percaya tak neena tak boleh gelak2 sgt macam dulu... neena nak kehidupan neena dulu
di kelilingi insan2 yg sayangi neena.. tapi.. neena sekrang sendirian...
kawan2 neena banyak dah neena tak berhubung..
salah neena kah..? kalau ada maafkan la neena
neena takut sendirian... dulu neena selalu gurau2 manja dgn kawan2
sekrang mereka dgn hidup mereka.. neena sendirian menempuhi masalah neena
mungkin mereka bahagia dgn pasangan mereka lalu lupakan neena..

kepada mereka.. neena masih perlukan kamu semua..
mungkin tak lama.. tapi pulanglah.. jadi lah kawan neena balek
neena perlukan kamu semua untuk ceriakan neena.. dn neena RINDU sangat2..
takda sape dah dedikasi lagu kat neena..
takda sape dah men gitar sambil nyanyi kat neena
takda sape dah karaoke telefon neena
takda sape dah bagi tajuk lagu suruh dgr...
neena sunyi tanpa music dari kalian... :'(

salam rindu
NUR AMALINA  

Monday, 6 June 2011

Kenali Saya... Fahami Saya. Semudah ABC

Nur Amalina Bte Roslee
1 Dec 1992
Indonesia + Thailand + Malay
Pulau Pinang
Malay,English,Korean,Banjar (Indonesia) 
Grey,Black,White
Addicted with Photography

Habit
Geget kuku..geget bibir.. jalan menunduk
Berjalan2...Berangan

Kebencian
Ular >.< meskipun ular mainan
Orang yg membazir air.. *PANTANG >.<
Kawan depan baek belakang kutuk sakan. *kutip dosa
Pulau kawan *itu bukan saya
CAKAP BESAR *MELUAT 
Bajet GOOD-GOOD
GEDIKS..

PELAHAP
Sea food
TomYam
Gulai batang pisang >.<
ikan keli masak sambal
masak sweet sour
COOL BLOG
Starbucks
Teh O Ais
Nescafe

Aktiviti waktu tersia-sia
Baca novel smbil habeskan stok2 tisu yg ada
tgk cerita korea...>.<
MCEJ B GEMOK SAYA :)
tidur sambil dgr MP3

Benda wajib yg kena ada dlm handbag
Ncet nokia 6300
bedak compact
eye liner + mascara
kunci rumah + bilik
Tisu
casing contact lens
purse
pin tudung spare

Benda comel yg di sukai
Teddy Bear
Lollipop
my RIBON
My hand bag
 DIARY
Bantal LOVE saya

Perangai saya yg tak serupa orang
Suka duduk sorang2
cubit pp my B
makan tak pikir org dah
loyar buruk >.<
cepat nanges
sangat SAYANGkan KAWAN2

SAYA TAK PANDAI NK BUAT ORANG SUKA SAYA tapi... SAYA SUKA KALAU ORANG SUKA SAYA...
kenali saya... dekati saya
SAYA PASTI AKAN JADI KAWAN YG BAEK ^^
I LOVE YOU