sumber http://e-nalovelykitchen.blogspot.com |
Directions
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
· 2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
· Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara Gula Hangus
- Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
- Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
- Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
- Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
- Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.
Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
· 400ml fresh milk / susu cair
· 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
· 2 biji telur
· 140 gram gula castor
· 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara Puding:
- Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
- Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
- Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
- Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
- Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
sumber http://e-nalovelykitchen.blogspot.com |
Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
· 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
· 70 gram gula castor
· 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara::
- Pukul putih telur sehingga berbuih.
- Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
- Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
- Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
- Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Adunan 2:
· 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
· 130 ml air
· 50 ml minyak masak
· 70 gram gula castor
· 140 gram tepung gandum
· 1 sudu teh baking powder
Cara-cara kek adunan 2:
- Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
- Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
- Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
- Matikan mixer.
- Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
- Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
- Warnakan dengan warna pilihan anda.
- Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
- Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
- Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
- Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
- Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
- Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
- Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
- Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
- Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
p/s
Untuk memudahkan pemahaman Cara Membuat Layer Pelangi seperti di bawah:
nampak sedap sangat kak neena..:)
ReplyDelete