Kemarahannya terhadap Afiq tak dapat
ditahan-tahan lagi. Kecurangan Afiq kini jelas di matanya. Dulu dia pekakkan
telinganya apabila rakan-rakan menceritakan perihal Afiq yang kerap bersama
perempuan lain. Malah, bertukar-tukar.
Kata-kata manis Afiq sebelum ini teggelam
bersama kasih sayangnya. Tiada lagi rasa rindu malah perasaan cinta juga lenyap
serta-merta. Alina masih bungkam mengenang nasib dan kesetiaannya selama
bertahun-tahun hancur menjadi debu. Seleranya juga mati, hanya mampu menelan 3
suapan nasi sudah mematikan seleranya.
“Sudahlah
Lina, aku tak sanggup lihat kau begini. Kenapa siksa diri kau sedangkan lelaki
tak guna itu berseronok di luar dengan perempuan lain. Makanlah sedikit, nanti
kau jatuh sakit.” Farah cuba memujuk Alina yang makin membisu.
“Kenapa
dia buat aku begini Farah? Tak cukupkah kesetiaanku selama ini. Tak cukupkah
kasih sayangku berikan padanya selama ini? Kenapa tergamak dia melukai aku
sesakit begini? “ sekali lagi air matanya mencurah-curah. Farah hanya membisu.
Dia sedar Alina sangat menyayangi Afiq, segala kata orang dia pekakkan.
“Sabarlah
Lina. Aku tahu kau dah lakukan yang terbaik buat dirinya. Cuma dia yang buta
dalam menilai ketulusanmu. Makanlah sedikit, aku suapkan ya?” Farah menyuakan
sesudu nasi di bibir Alina. Akhirnya Alina membuka mulutnya dan mengunyah
perlahan nasi berlaukkan sup ayam. Terasa pahit sepahit hatinya.
Dani memandang kawannya yang khusyuk
melayan facebook. Entah apalah yang
menarik sangat hingga membuatkannya tesenyum sendirian.
“Afiq,
kau ni dah kenapa? Angau dengan minah mana pulak” Dani mula bersuara. Afiq
memalingkan mukanya.
“Aku
tengok akaun budak junior semalam la. Cun siot!” Afiq menangkat keningnya.
Dani hanya menggelengkan kepalanya. Dani
merasakan Afiq tak kesah tentang keadaan Alina yang murung setelah kecurangan
Afiq terbongkar. Danilah yang membuka segala rahsia Afiq, dia merasa tak
sanggup untuk meilhat Alina diperbodohkan. Gadis itu tulus mencintai Afiq.
Bukan nak kata Alina tu tak cantik, ramai lelaki di kolej itu menggilai Alina.
Tapi entah macam mana ayat manis si Afiq juga dia telan habis-habisan.
Pagi itu Afiq pergi berjoging bersama Dani
di tasik. Disebabkan hari itu hari minggu, jadi kawasan itu agak dipenuhi
dengan siswa dan siswi. Tiba-tiba matanya terpandang Alina yang duduk
bersendirian di hujung tasik. Alina kelihatan murung sekali. Hatinya terus rasa
bagai diragut. Sakitnya bagai disiat-siat.
Tak pernah dia melihat Alina semurung itu.
Selama 2 tahun bersama, Alina hanya tertawa riang dengannya. Sukar melihat air
mata Alina walaupun setitis. Kali terakhir dia melihat Alina menangis ketika
hamster pemberiannya mati. Betapa Alina menghargai pemberiannya.
‘Kejamkah
aku melukai hatinya. Maafkan aku Alina, aku cuma ingin melihat kau bahagia
tanpa aku.’ Afiq tersentak apabila bahunya disentuh Dani.
“Kau
tengok apa lagi orang yang kau buang tu. Dahlah jom pergi sarapan, aku lapar”
Dani terus melangkah meninggalkan Afiq kebingungan
‘BUANG?’
kata-kata Dani benar-benar terkesan di hatinya.
4 Bulan berlalu
Alina menyarungkan tudung pemberian Farah.
Entah kenapa kini hatinya terdetik untuk menutup aurat sedangkan selama ini
hatinya masih berbagi untuk melakukan kewajipan itu. Kali terakhir dia memakai
tudung ketika di sekolah menengah, 3 tahun dulu. Perasaannya menjadi tenang
setelah melihat dirinya di cermin.
‘Cantik!’
Alina tersenyum sendiri dan kali ini dia nekad untuk memakai tudung untuk
selamanya.
Farah tersenyum bila melihat Alina sedang
memakai tudung pemberiannya. Sesungguhnya itu hadiah paling bermakna buat
Alina. Wajahnya berbentuk bujur telur, mempunyai alis mata yang menarik makin
bertambah berseri-seri apabila memakai tudung.
“Cantiknya
kau Alina. Pertama kali aku melihat gadis secantik kau memakai tudung” Farah
memuji Alina. Alina tersipu-sipu malu apabila dipuji sebegitu.
“Alah
kau ni, sajalah tu nak peril aku. Tapi apa-apa pun terima kasih ya untuk hadiah
ni. Aku hargai sangat-sangat.” Alina terus memeluk teman baiknya itu. Air
matanya menitis perlahan.
Alina menyiapkan tugasannya di perpustakaan
memandangkan Farah akan pulang lewat kerana ada aktiviti kelab. Matanya khusuk
menatap skrin laptopnya. Dunia luar
seolah-olah tak wujud baginya, begitulah sikapnya kalau dah mula tengok laptop. Dari jauh Afiq dan seorang
perempuan sedang berbual mesra. Alina langsung tak perasankan Afiq dan
perempuan itu, dia tekun menyiapkan tugasannya. Semester ini merupakan
semesternya yang terakhir jadi dia harus berusaha untuk mengekalkan keputusan
cemerlangnya.
Lehernya berasa lenguh dan dia mengambil
keputusan untuk berehat sebentar. Tiba-tiba matanya terpandang Afiq dan seorang
perempuan. Dia tak pernah melihat perempuan itu. Mungkin pelajar baru. Alina
tak mahu mengambil pusing tentang apa jua yang Afiq ingin lakukan, mereka sudah
tidak ada apa-apa lagi. Afiq tidak memandang ke arahnya, mungkin Afiq tak
perasankan dirinya kerana kini dia sudah bertudung. Alina tak mampu meneruskan
kerja. Dia mula mengemas perkakasnya
‘Alamak!
Nak kena jalan melintas mereka. Hish, dah tak boleh nak pusing ke lain dah.
Alah, jalan sajalah’ Alina berjalan dengan perlahan mengharapkan Afiq tak
memandang ke arahnya.
Tiba-tiba alat tulisnya bertaburan saat dia
betul-betul berjalan di sebelah Afiq.
‘Aduh,
macam mana boleh terlupa nak zip pencil
case ni. Matilah aku’ Alina terus tunduk mengutip alat tulisnya.
Afiq memandang gadis sebelahnya mengutip
alat tulis. Timbul rasa kasihan melihat gadis itu mengutip alat tulisnya
menggunakan sebelah tangan kerana sebelah tangannya memegang laptop. Afiq turut tunduk untuk
membantu, dia rasa seperti kenal bau minyak wangi ini. Seperti.. ALINA!
“Ah,
tak mungkin Alina, Alina tak memakai tudung” Afiq cuba mencapai pen gadis itu.
Tiba-tiba Afiq terpegang tangan gadis itu. Gadis itu menyentap tangannya lalu
mata mereka bertentang. ALINA!
Tangan Afiq terpaku, matanya masih tak
berhenti menatap Alina dalam imej yang baru itu.
‘Cantiknya’
hati Afiq tiba-tiba berdegup laju. Seperti saat pertama kali mereka berjumpa 2
tahun lalu. Tapi kali ini Alina kelihatan sangat cantik. Wajahnya berseri-seri
dan ayu.
Alina terus bangun dan berlalu tanpa
mengucap sepatah kata. Air mata yang ditahan akhirnya menitis dan makin deras.
Betapa rindunya dia pada renungan Afiq. Renungan yang dulunya membuat dia
terbuai-buai. Perasaannya bertambah pilu disaat Afiq menyentuh tangannya, dia
merindui kehangatan tangan Afiq. Sesungguhnya rindu itu benar-benar menyesakkan
dadanya kini.
Alina merebahkan tubuhnya di katil. Air
matanya kini mengalir hebat membasahi pipi mulusnya. Alina membuka diari
lamanya. Terpampang gambar Afiq sedang mencubit pipinya. Kelihatan sungguh
bahagia tanpa menyangka dia akan berduka sebegini. Alina terus memejamkan
matanya sambil memeluk gambar mereka. Mengharapkan semua yang terjadi tadi
hanyalah mimpi. Farah yang baru pulang dari aktiviti kelab melihat Alina
tertidur sambil memeluk gambarnya bersama Afiq.
‘Rindu
benar Lina pada Afiq’ Farah terus mendail Dani.
Dani melihat Afiq termenung dan mengeluh.
Kelihatan hati Afiq sedang menanggung perasaan yang berat. Kerana Alinakah?
Afiq memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Sejak-sejak ini banyak masalah
menimpanya membuatkan fikirannya begitu runsing. Atau mungkin kerana gadis
bernama Alina Aisa. Benar hatinya memendam rasa rindu terhadap gadis itu. Gadis
yang riang selalu tertawa, manjanya, dan gadis itu gemar membuat mimik muka
yang bisa membuat diri Afiq tertawa. Sungguh gadis itu teramat istimewa. Namun
apa daya, kesilapannya membuatkan Alina hilang dari hidupnya. Gadis itu terlalu
terluka.
“Kau ni dah kenapa? Termenung, mengeluh
macam kucing hilang anak” Dani cuba berbasa-basi dengan Afiq. Kesian juga dia
melihat keadaan Afiq. Alina kelihatan sudah bagun dari kesakitan tapi Afiq pula
makin rebah kelukaan. Ini kerana perbuatan Afiq juga, apa yang mahu dikesalkan
lagi.
Hari itu merupakan hari terakhir buat Alina
dan Farah berada di kolej itu. Kini mereka sedang menerima Diploma mereka
setelah 3 tahun menuntut ilmu. Alina menerima anugerah pelajar terbaik untuk
falkutinya. Alina tersenyum riang, begitu juga Farah dan keluarga Alina.
‘Kau
hebat Alina, setelah segala kesakitan yang tempuhi. Kau tetap berjaya’ Farah
mengesat air matanya.
Dari jauh Afiq melihat Alina tertawa
bahagia bersama keluarganya. Afiq merasa bangga dengan kejayaan Alina meski pun
dia nyaris membuatka gadis itu gagal. Namun Alina memang seorang yang tabah.
‘You
are my Superwomen, Alina’ Afiq terus masuk ke dalam kereta dan pulang menuju
rumahnya.
4 tahun berlalu
Pagi itu Alina bersiap-siap ingin ke meseyuarat penting. Entah
kenapa pagi itu Alina berasa jantungnya
berdegup laju. Namun dia abaikan perasaannya itu. Dia harus yakin
supaya tender itu berjaya diraihnya.
“Semoga berjaya
Alina. Saya yakin awak mampu mendapatkan tender
itu. Sebab awak pekerja terbaik
saya.” Kata-kata Dato Murad benar-benar memberi semangat kepadanya.
Keretanya meluncur lancar ke Hotel Sri
Malaysia. Dalam hatinya tak berhenti berdoa agar semuanya dipermudahkan. Tepat
jam 10 pagi dia sampai di hadapan Hotel Sri Malaysia. Dengan langkah penuh
yakin dia menuju ke restoran.
“Hai,
selamat pagi. Saya ada temu janji dengan Encik Zarul dari syarikat Bina Jaya.”
Alina melemparkan senyuman kepada pelayan restoran di hadapannya.
“Oh,
ya. Mari ikut saya. Encik Zarul baru saja sampai tadi” gadis itu tersenyum
ramah.
Setelah gadis itu menunjukkan meja Encik
Zarul, dia terus berlalu. Entah kenapa hati Alina kembali berdebar. Sedangkan
tadi hatinya begotu yakin dan tenang. Dia melihat susuk tubuh lelaki itu dari
belakang. Kelihatan seperti orang muda.
‘Ah,
lelaki korprat sekarang tua atau muda semua bergaya’ Alina menyedapkan hatinya.
Alina terus berdiri di hadapan lelaki itu.
Lelaki tu masih khusyuk memang menu.
“Maaf,
ini Encik Zarul?” Alina menyapa sopan. Lelaki itu memandangnya. Bibirnya bagai
terkunci, kakinya lemah. AFIQ!!
“Ya,
saya Zarul. Silakan duduk Cik Alina.” Alina masih kaku berdiri. Dia seolah-olah
bermimpi. Setelah 4 tahun, baru kini dia bertemu Afiq.
“Awak
nak saya ‘tolong’ dudukkan awak?” lelaki itu bersuara serius. Alina seolah-olah
tersedar dan terus duduk di hadapan lelaki itu. Alina cuba bertenang dan
bersikap professional di hadapan lelaki itu.
“Maafkan
saya. Saya terlewatkah?” Alina bersuara perlahan. Zarul memandang tepat ke arah
Alina. Dia bingung kenapa dia seolah-olah pernah melihat gadis itu.
“Taklah.
Saya pun baru tiba. Baiklah kita teruskan berbincang sementara makanan yang
saya tempahkan tadi tiba. Awak tak kisahkan saya tempah untuk awak?” Alina
menggelengkan kepalanya.
Mereka berbincang tentang tender yang akan ditawarkan kepada
syarikat Wira Maju. Sesekali mata Alina mencuri pandang ke arah Zarul. Tak
mungkin Afiq, kerana Afiq tak ada parut di kening. Namun begitu, renungan mata
itu sama seperti Afiq. Tak lama selepas itu makanan mereka tiba.
Nasi goring sotong dan Nasi Ayam berlada.
‘Eh,
macam mana dia tahu kegemaran aku Nasi Goreng Sotong. Rezeki akulah” Alina
tersenyum melihat hidangan di hadapannya. Seleranya terus bangkit seketika tadi
hilang.
“Awak
suka Nasi Goreng Sotong? Saya order sebab
nampak macam sedap pula” Alina hanya mengangguk. Entah kenapa hatinya rasa malu.
Alina terus menjamah hidangannya setelah selesai membaca doa.
Zarul merenung Alina yang berselera sekali
menjamu Nasi Goreng Sotong. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa ingin mencuba.
Sedap sangkatkah.
“Err…
nasi awak nampak sedaplah. Apa kata kita tukar makanan. Sebab nasi awak Nampak
lagi sedap dari nasi saya. Boleh tak?” Alina nyaris tercekik. Cepat-cepat dia
meneguk air laicinya. Alina memandang ke arah Zarul.
‘Biar
betul mamat ni nak tukar makanan dengan aku. Hish..perangai sama macam… AFIQ!’
hati Alina semakin berombak kencang. Dia terdiam dan melihat saja Zarul menukar
pinggan mereka. Kini Nasi Ayam Berlada berada di hadapannya. Zarul menjamah
penuh selera nasinya.
“A’ah
la awak. Sedap nasi ni. Kalau saya tahu saya order yang sama dengan awak” Zarul
tersenyum. Alina menyuap perlahan nasinya.
“Alah!
Awak ni, suka ambil nasi saya. Kan kita order
sama ja. Kenapa nak kena tukar pinggan pula. Dahlah nasi awak tu banyak
lagi.” Alina memprotes bila Afiq menukar pinggan mereka. Afiq hanya tertawa
melihat Alina sudah muncung.
“Nasi
awak Nampak sedaplah. Ala.. janganlah berkiranya sangat.” Afiq tersenyum.
“Kan
masak sekali. Saja nak buli sayalah ni” Alina terus muncung sambil menyuap nasi
ke mulutnya.
“Kita
boleh teruskan perbincangan kita.” Zarul mula bersuara. Alina tersentak. Jauh
sungguh kenangan lalu bertandang.
Walaupun hampir 2 bulan berlalu, peristiwa
di restoran Hotel Sri Malaysia masih terkesan di hatinya. Siapakah Zarul?
Kenapa wajahnya mirip Afiq.
Hari itu merupakan hari bahagia Farah dan
Dani. Siapa sangka percintaan mereka secara rahsia di kolej akhirnya menemui
jalan bahagia. Farah yang anggun berbaju pengantin bewarna merah hati, Dani
kelihatan kacak dengan persalinan seperti panglima Melayu. Terbit rasa cemburu
di hati Alina, namun dia berdoa semoga jalan cinta mereka tak kecundang
sepertinya.
“Tahniah
Farah. Aku doakan kau orang bahagia sampai jadi moyang.” Alina terus tertawa.
Begitu juga Farah dan Dani.
“Hai…
Sorry Dani aku terlewat.” Alina seolah-olah pernah mendengar suara itu. Milik Afiqkah?
Alina terus memalingkan wajahnya. AFIQ!
“It’s
ok bro lagi pun majlis belum tamat.”
Dani memaut mesra bahu Afiq. Afiq memandang ke arahnya.
“Hey,
awak Cik Alina kan? Awak ingat saya lagi? Zarul.” Alina seolah-olah berada
dalam dunianya sendiri. Kemudian dia tersedar bila lelaki itu menyapanya.
Zarul…
“Err…
kau dah jumpa Alina?” Dani kelihatan gugup.
“Yela…
dia pekerja dari syarikat yang terima tender
dari syarikat aku.” Zarul tersenyum.
“Oh…
kalau macam tu aku tak payah kenalkan kau dengan Zarullah, Lina. Sebab dia awal
lagi dah kenal kau,” Dani tersenyum
namun kelihatan kekok.
Pagi itu Farah menyediakan kopi untuk Dani.
Dia melihat Dani asyik termenung. Entah apa yang dia fikirkan sehingga begitu
khusyuk.
“Abang…
ini kopinya. Kenapa Abang menung jauh sangat. Dah sampai ke Paris agaknya.”
Farah mengambil tempat di sebelah suaminya.
“Tak
ada apalah. Cuma Abang fikirkan tentang Alina dan Zarul. Patutkah kita terus
terang kat mereka?” Farah turut mengeluh, faham kerunsingan suaminya itu.
“Kalau
kita terus terang pun Zarul tak akan paham. Lina pula bertambah keliru.” Farah
turut buntu.
“Mana
mana nak terangkan kat Zarul kalau dia tu Afiq. Dan macam mana nak terangkan
Alina yang Zarul tu Afiq. Aduh, pening kepala Abang,” Dani memicit kepalanya.
Farah membantu suaminya. Kasihan pula dia melihat keadaan suaminya itu.
“Err…
Lina, kau busy tak? Aku ingat nak
jumpa kaulah Sabtu nanti. Boleh tak?” Farah cuba sembunyikan kegugupannya.
“Sabtu
ni aku free. Bolehlah… eh… cik Abang kau tak marah ke aku jumpa dengan kau ni.
Kau orangkan still dalam mood bulan
madu.” Alina mengusik kawan baiknya itu. Farah tertawa.
“Zarul,
kau ada rumah tak? Aku nak jumpa kau kejap eh.” Dani benar-benar ingin
menyelesaikan kemelut ini.
“Aku
ada. Datanglah, bawak wife kau sekali.” Zarul cukup seronok bertemu rakan
baiknya itu.
Petang itu kehadiran Dani dan Farah
kelihatan lain sekali. Mereka asyik mendiamkan diri. Zarul merasakan sesuatu
yang tak kena dengan mereka berdua.
“Kau
orang ni kenapa? Diam saja dari tadi.” Zarul terasa janggal melihat keadaan
mereka.
“Zarul,
kau tahukan kita dah lama kawan. Tapi ada satu benda yang kau tak tahu.” Dani
memulakan bicara. Terasa kelat butir bicaranya. Zarul terus menumpukan
perhatiannya.
“Kau
tahukan nama penuh kau Afiq Zarul. Tapi dulu kau lebih dikenali sebagai Afiq,
dan dalam temph 4 tahun ini baru nama Zarul digunakan” Zarul bingung.
“Masa
kau sedar dari koma dulu. Ingatan kau hilang 50%. Kau cuma ingat orang yang
sudah lama kau kenal. Kawan-kawan kita masa study dulu pun kau lupa. Cuma aku
yang kau ingat kerana kita kawan dari sekolah menengah. Hmm… termasuk Alina pun
kau lupa.” Zarul tersentak.
“Apa
kaitan Alina dengan aku?” Zarul keresahan. Perasaannya menjadi lain apabila
nama Alina disebut. Sebenarnya perasaan itu hadir bila pertama kali bertemu
Alina di Hotel Sri Malaysia 2 bulan yang lalu.
Dani mengeluarkan kotak bewarna merah.
Kemudian Dani mengeluarkan puluhan surat dan sebuah album gambar. Dani
menghulurkan kepadanya. Dia melihat surat-surat itu. Hatinya berdebar kencang,
dia seolah-olah pernah membaca surat itu. Gambar-gambar seorang lelaki bersama
Alina. Dirinyakah! Tapi kenapa dia tidak mengingati semua itu. Wajah Alina yg
comel ketika itu sedikit berbeza dengan Alina yang dia lihat sekarang, lebih
anggun.
“Alina
kekasihmu dulu Afiq. Kekasih yang pernah kau lukai semasa semester akhir.”
Farah menahan sendu bila nama Afiq disebut setelah hampir 4 tahun dia memanggil
lelaki itu sebagai Zarul.
“Kenapa
aku tak mengingatinya kalau benar dia sebahagian hidupku? Kenapa kau orang
memanggil aku Zarul kalau dulu kau orang panggil aku Afiq?” Zarul kian buntu.
“Keluarga
kau yang mahu begitu. Semasa kau dah sedar kau masih belum sembuh sepenuhnya.
Kau hanya menyebut nama Alina. Kau sering bertanya siapa Alina, tapi kau tak
mengingati wajahnya. Ibu kau risau dengan keadaan kau. Jadi kami cuba
menyembuhkan kau dengan membuka buku baru. Lama-lama kau berhenti bertanya
siapa Alina. Malah kau langsung tak ingat padanya.” Dani meneruskan
penjelasannya.
Zarul cuma ingat dia sedar ketika itu dia
terlantar di hospital. Ibunya memberi tahu mereka kemalangan ketika baru pulang
dari hari konvokesyennya. Zarul koma selama sebulan. Ahli
keluarganya yang lain hanya cedera ringan. Entah mengapa hatinya jadi sayu
memikirkan Alina. Benarkah gadis itu pernah bertakhta di dalam hatinya.
“Benarkah
apa yang kau cerita ni Farah. Kau tak reka-reka cerita kan?” air mata Alina
menitis deras. Rasa rindu yang berkubur lama kini menjelma kembali. Segala kenangan
terbayang di matanya. Afiq Zarul, ya! Bagaimana dia tidak teringat nama penuh
Afiq dulu sedangkan mereka orang yang sama.
“Ya…
aku tak tipu Alina. Dialah Afiq. Maafkan aku kerana menyembunyikan hal ini. Aku
dah berjanji kepada Dani dan itu kewajipanku menyimpan janji.” Farah memohon
pengertian Alina dan berharap Alina tak menyalahkan dirinya.
“Aku
faham. Erm.. aku nak jumpa Zarul, er..maksud aku Afiq. Boleh?” Alina cuba
memberanikan diri untuk berhadapan Afiq.
Hari itu mungkin hari perhitungan mereka. Mungkin
juga hari terakhir mereka berjumpa. Afiq tidak mengingati dirinya mana mungkin
rasa sayang dalam hatinya masih ada buat Alina.
“Awak
tahukan kenapa saya nak berjumpa awak?” Alina bersuara setelah hamper 10 minit
mereka mendiamkan diri.
“Ya…
saya tahu. Tapi saya ingin beritahu awak. Mungkin benar dulu kita punya
perasaan cinta. Tapi sekarang saya harap awak tahu yang saya tak mempunyai
perasaan itu lagi.” Alisa bungkam, hatinya terasa begitu terhiris.
“Saya
tak mahu tahu lagi cerita tentang kita. Itu semua membuatkan fikiran saya
bertambah celaru. Cukup-cukuplah apa yang Dani dan Farah ceritakan. Saya memang
tak mampu mengingati semua itu! Jangan mendesak saya.” Afiq bersuara tegas
menyatakan rasa hatinya.
“Ya…
saya faham. Saya tak minta awak ingat semua itu lagi. Saya Cuma nak pulangkan
cincin pemberian awak dulu. Selama kita bercinta 2 tahun dan setelah kita
terpisah 4 tahun bermakna 6 tahun saya memakai cincin ini. Saya rasa tak perlu
lagi saya menyimpannya. Lebih-lebih lagi awak sudah tak mengingati saya dan
cerita kita dulu. Lagipun saya akan bertunang tak lama lagi. Saya Cuma nak
pulangkan cincin ini kerana jari ini akan disarungkan cincin yang baru.” Alina
menghulurkan cincin kepada Afiq. Afiq masih mendiamkan diri. Alina mengeluh
perlahan.
“Ini
kali terakhir kita jumpa dan saya juga akan melupakan awak seperti mana awak
tak mahu mengingati saya lagi.” Alina bingkas bangun dan meninggalkan Afiq yang
masih membisu.
Entah kenapa hati Afiq bagai terhiris hebat
apabila Alina memberitahu yang dia akan bertunang tak lama lagi. Dia sendiri
bingung dengan perasaannya. Adakah benar,kasihnya buat Alina dulu begitu kuat.
Afiq memandang gambar mereka. Afiq memandang siling biliknya, terasa kosong. Tiba-tiba
bagai ada sebuah skrin besar memaparkan dirinya bersama Alina, Dani dan Farah. Segala
cerita seolah-olah di tayang semula. Dia terlihat bagaimana Alina terluka atas
kecurangannya. Semuanya terpapar satu-persatu, pandangannya kelam dan terus
gelap. ALINA….
Puas Alina menangis malam tadi. Entah kenapa
dia perlu berbohong kepada Afiq dengan mengatakan dia akan bertunang. Ah,
fikirannya bercelaru. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada
pesanan masuk.
‘Mungkin
Afiq terlewat mengingati Alina. Mungkin Afiq ego kerana cuba membuang Alina. Mungkin
selama 4 tahun Afiq tak pernah cuba mengingati Alina. Andai rasa kasih ini
tiada pasti resah tidak akan bertandang. Andai cinta sudah mati, pasti diri ini
tak akan mencarimu lagi. Alina comot, Afiq keding rindukan Alina. J ‘ Air matanya tertumpah deras! Dia memeluk telefon bimbitnya.
‘Afiq
ada kat depan rumah Lina’ Lina bingkas bangun dan berlari menuju ke pintu.
Dia melihat Afiq sedang berdiri memegang sebuah
kotak. Afiq menghulurkan kotak itu.
“Hamster
awak dulu dah matikan. Saya gantikan yang baru ya. Kita jaga sama-sama ok?”
Alina tak mampu menahan hatinya. Dia memeluk Afiq seerat-eratnya. Rindunya kini
terbalas.
Kalau inilah akhirnya penantiannya 4 tahun,
100 tahun pun akan dia tunggu. Afiq Zarul, satu-satunya lelaki yang bertakhta
di hatinya. Dulu kini dan selamanya… benarlah kalau dia jodohku, sejauh mana
aku berlari dia tetap milikku.
Nukilan,
NeenaLee
ni realti or rekaan je??
ReplyDelete